Thursday, August 20, 2009

Selamat Menyambut Ramadhan

Setulus Ikhlas Mohon Kemaafan Kepada Semua Kawan2.




Seribu senyuman belum tentu menawan hati
Satu jelingan sudah cukup menimbulkan rasa benci

Membina mengambil masa

Meruntuh sekelip masa


Selamat Menyambut Ramadhan.

Maaf Zahir dan Batin
Semoga Ramadhan membawa keberkatan kepada semua dan mengukuhkan ukhwah yang terbina


Wednesday, August 5, 2009

Mini Mixer Untuk Di Jual


Mini Mixer Untuk Di Jual RM1000
Empunya Mixer : En Tam ( Tam Agro Farm Enterprise )
Phone: 012 6620380
Lokasi: Kuang , Sg Buloh


Monday, August 3, 2009

MPPP- Majlis Pembangunan Pertanian Kawasan Parlimen

MPPP di setiap kawasan Parlimen
Oleh MUZDALIFAH MUSTAPHA
muzdalifah.mustapha@utusan.com

KUALA LUMPUR 3 Ogos - Kerajaan akan menubuhkan Majlis Pembangunan Pertanian Kawasan Parlimen (MPPP) di 222 kawasan Parlimen bagi mengukuhkan industri pertanian negara.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar berkata, ia juga bertujuan membantu meningkatkan pendapatan petani dan mengurangkan kadar kemiskinan selaras indeks Petunjuk Prestasi Utama (KPI) kementerian untuk membasmi golongan miskin tegar.
Katanya, penubuhan MPPP selaras dengan dasar 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan yang diumumkan Perdana Menteri sebelum ini.
"Matlamat utama MPPP ialah mendapatkan idea berhubung pelaksanaan projek pertanian di semua kawasan Parlimen dengan mengambil kira sumber sedia ada," katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas Majlis Pelancaran dan Seminar MPPP serta Pelantikan Pengerusi-Pengerusi MPPP di sini hari ini.
Noh berkata, MPPP berfungsi sebagai platform kementerian memaklumkan kepada semua pihak di kawasan pertanian tentang program yang dilaksanakan di kawasan Parlimen masing-masing.
Selain itu, kata beliau, ia bertanggungjawab mengenal pasti masalah yang timbul di peringkat Parlimen termasuk bentuk bantuan yang diperlukan dan kesesuaiannya.
Jelasnya, antara bantuan disediakan ialah memberi latihan dan khidmat nasihat, pemberian geran, pembiayaan projek pertanian dan peruntukan kepada golongan miskin tegar.
Justeru, katanya, kerajaan telah melantik wakil-wakil rakyat untuk menerajui dan menganggotai MPPP atau ketua-ketua parti komponen Barisan Nasional (BN) bagi kawasan Parlimen pembangkang.
"Pengerusi MPPP yang dilantik itu akan bersama-sama para pegawai agensi kerajaan untuk memantau pelaksanaan projek pertanian, perikanan, ternakan dan asas tani," jelasnya.
Beliau berkata, empat agensi akan menjadi urus setia di setiap kawasan Parlimen termasuk Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) untuk kawasan di Semenanjung dan Sabah.
Katanya, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) pula sebagai urus setia di Sarawak serta Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) di kawasan bandar dan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) serta Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA).
Menurut Noh, bagi memastikan penubuhan majlis itu mencapai matlamatnya, sebanyak RM100,000 diperuntukkan setahun kepada setiap urus setia selain peruntukkan sedia ada bagi setiap agensi kementerian.
Katanya, peruntukan itu akan diagihkan oleh Pengerusi MPPP dan anggotanya mengikut kesesuaian projek yang ingin dibangunkan di kawasan Parlimen masing-masing.