Friday, November 6, 2009

MINi MAHA

MINI MAHA - Destinasi kedua di Sungai Besar

- Bertempat di Dataran Tonggak Sepuluh , Pekan Sungai Besar , Selangor
- 5- 8 November 2009

Wednesday, November 4, 2009

PROGRAM MINI MAHA

TUJUAN
Program Mini MAHA merupakan satu pendekatan kementerian untuk turun padang dan mendekati rakyat. Program ini dilaksanakan bagi memastikan rakyat di peringkat akar umbi yang tidak berkesampaian merasai aktiviti-aktiviti yang ada semasa MAHA yang diadakan setiap dua tahun sekali. Program ini juga merupakan satu program outreach (luar jangkau) kementerian dalam memastikan dasar, strategi dan program yang dilaksanakan oleh kementerian diketahui oleh rakyat di peringkat akar umbi.

OBJEKTIF
Pelaksanaan Program Mini MAHA mempunyai objektif-objektif berikut :-
Menghebahkan maklumat berkaitan peranan dan program MOA dalam membangunkan sektor pertanian negara;
Membantu usahawan dalam sektor pertanian mempromosikan produk yang telah dikeluarkan;
Memberi peluang-peluang perniagaan kepada rakyat dalam sektor pertanian;
Memberi khidmat nasihat dan bimbingan kepada rakyat dalam melaksanakan aktiviti pertanian dan menjadikan pertanian sebagai satu perniagaan; dan
Menyelesaikan masalah / isu yang dihadapi oleh rakyat melalui pendekatan up to bottom (atas ke bawah).

KAEDAH PELAKSANAAN
Pameran dan Jualan Produk Pertanian
Memberi peluang kepada usahawan pertanian tempatan mempromosikan produk / hasil pertanian mereka
Menyediakan peluang-peluang perniagaan dalam sektor pertanian kepada penduduk tempatan melalui anchor-anchor yang turut mengadakan pameran
Pameran berkaitan program-program pembangunan pertanian yang dilaksanakan / disediakan oleh kementerian dan jabatan / agensi.

Seminar Peluang-Peluang Kerjaya Dalam Pertanian
Satu program pembudayaan keusahawanan dalam menggalakkan kumpulan sasaran terutamanya golongan siswazah menceburi sektor pertanian dan perniagaan.
Kandungan program merangkumi ceramah motivasi dan taklimat berkaitan peluang-peluang perniagaan baru dalam pertanian serta kemudahan dan bantuan yang disediakan oleh kementerian dan jabatan / agensi MOA dalam membangunkan usahawan dalam sektor pertanian.

Klinik Tani
Satu sesi khidmat nasihat dan bimbingan yang diadakan untuk rakyat dalam mendapatkan nasihat dalam sektor pertanian terutamanya dalam aspek kemahiran pertanian, teknologi, pembiayaan dan promosi dan pemasaran.
Pendekatan one to one coaching antara pegawai dengan rakyat digunakan semasa program tersebut.

Pemadanan Perniagaan
Satu sesi dalam memberi peluang-peluang perniagaan kepada rakyat temapatan untuk menceburi perniagaan dalam sektor pertanian menerusi konsep francais / anchor-vendor / mentor-mentee / kontrak peladangan
Program ini akan dapat melahirkan usahawan-usahawan baru dalam sektor pertanian.

Bengkel Pembangunan Usahawan Industri Asas Tani – Teknologi Pembungkusan dan Pembangunan Jenama
Satu bengkel yang diadakan untuk memberi maklumat dan mendedahkan usahawan IAT terhadap kepentingan aspek-aspek pembungkusan, pelabelan dan penjenamaan dalam usaha membangunkan produk masing-masing ke arah menerokai pasaran yang lebih meluas.
Para peserta akan berpeluang mendapatkan kepakaran daripada pihak perunding dalam membangunkan pembungkusan dan pelabelan yang diadakan secara hands-on
Peserta yang berjaya menghadiri kursus dengan jayanya berpeluang untuk mendapatkan geran pemadanan daripada kementerian iaitu 80% (kementerian) – 20% (usahawan) pada had pembiayaan maksimum sebanyak RM10,000. Bantuan yang diberikan meliputi perkhidmatan rundingan dan pembangunan rekabentuk, perkhidmatan pencetakan pembungkus produk sebanyak 10,000 buah, pembangunan jenama dan identiti produk termasuk pendaftaran trade mark (TM) dan lain-lain kos seperti pengujian dan fotografi.

CADANGAN PELAKSANAAN PROGRAM
1.Kedah (Kubang Pasu) – Perkarangan Medan Letak Kereta, Kubang Pasu, 24 hingga 25 Oktober 2009
2.Pahang (Pekan) – Dataran Pekan, November 2009
3.Selangor (Kuala Selangor) – November 2009
4.Kelantan (Kota Bharu) – Disember 2009
5.Johor (Ledang) – Disember 2009
6.Sabah (Kota Kinabalu) – Disember 2009