Tuesday, May 11, 2010

Program Juara Rakyat dan Hari Terbuka UPM











Program Hari Terbuka Kementerian Pertanian dan Pertanian dan Industri Asas Tani ,pada 8 dan 9 Mei di Parlimen Tanjong Karang Selangor ...

Peserta yg terlibat : Supaat - Permai Desa Agrotech, Nabil Nas Agro serta Puan Zainon dan Puan Nona dari Genting Permai Resources.










Monday, May 3, 2010

Pakar Pertanian UPM Turun Padang

Oleh LAUPA JUNUSl
aupa.junus@utusan.com.my

Naib Canselor UPM, Prof. Datuk Dr. Nik Mustapha R. Abdullah dan pegawainya semakin aktif turun padang membantu golongan sasar.
Susulan daripada kejayaan beberapa siri sebelum ini, sekumpulan pakar pertanian Universiti Putra Malaysia (UPM) akan sekali lagi mengadakan program turun padang membantu kumpulan sasar.
Program Hari Terbuka Kementerian Pertanian dan Pertanian dan Industri Asas Tani itu akan diadakan pada 8 dan 9 Mei ini di Parlimen Tanjong Karang Selangor dan dijangka dirasmikan oleh Menterinya, Datuk Seri Noh Omar yang juga Ahli Parlimen kawasan tersebut.
Yang menariknya, jika selama ini , bilangan pakar biasanya mencecah 25 orang , angka itu meningkat ke 45 orang pakar pelbagai bidang untuk memberi memberi khidmat kepada masyarakat dengan slogan Dari Gedung Ilmu Ke Lapangan : Bersama Rakan Kongsi Membangunkan Sektor Pertanian.
Program tersebut merupakan anjuran bersama UPM dan agensi setempat di bawah MOA Inc. dan antaranya seperti Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Barat Laut, industri asas tani (IAT), Jabatan Pertanian dan beberapa lagi agensi yang terlibat.
Program ini merupakan kali ke-lima yang dianjurkan oleh UPM menerusi Pusat Pengembangan, Keusahawanan dan Pemajuan Profesional (APEEC) merupakan urus setia program dan turut melibatkan Taman Pertanian Universiti (TPU) dan Fakulti Pertanian universiti berkenaan.
Antara program yang dijangka menarik pengunjung ialah klinik pertanian, dialog antara agensi pengembangan, bengkel pengembangan pertanian dan ceramah pertanian menjana kekayaan
Dekan Fakulti Pertanian UPM, Prof. Dr. M. Nasir Shamsudin berkata, kilinik pertanian memberi peluang kepada kumpulan sasar untuk mendapatkan bantuan dan bimbingan mengenai masalah yang mereka hadapi.
"Ini sejajar dengan Model Ekonomi Baru (MEB) yang menekankan inovasi dan pengetahuan termasuk dalam sektor pertanian yang mana usahawan perlu mempunyai elemen tersebut, ujarnya.
Apatah lagi dalam sektor pertanian makanan, kerajaan memberi tumpuan untuk menjana pertumbuhan, kata beliau.
Meskipun industri pertanian tempatan hanya mencapai tahap sara diri dalam sub sektor seperti akuakultur , tetapi sumbangan kepada nilai eksport perlu diambil kira
Sementara itu Pengarah APEEC, Prof. Dr. Musa Abu Hassan berkata, jumlah 40 pakar pertanian membuktikan UPM bersedia menawarkan khidmat pengembangan dengan kepakaran yang dimiliki.,
"Kita ingin mewujudkan konsep touch and grow dan menerusi pendekatan ini juga klinik pertanian akan berfungsi sebagai makmal sosial,'' ujarnya.
Malah kata beliau, UPM akan menjadikan kawasan tersebut sebagai kampung angkat dengan memberi perhatian atas permasalahan yang dihadapi
Selain program tersebut, antara kelainan program kelima itu ialah ceramah eksplorasi sains, motivasi pelajar dan juga pencarian makanan warisan.
Program ini akan memfokuskan kepada golongan sasar yang menyeluruh iaitu golongan pegawai pengembangan agensi setempat, petani, usahawan, ibu bapa, dan pelajar.
Program selama dua hari itu memberi penekanan kepada beberapa aspek iaitu bagaimana peranan rakan kongsi dalam membangunkan sektor pertanian, pengurusan dan pengeluaran akuakultur serta pengeluaran tanaman padi.
Turut diberi penekanan ialah pembangunan industri hiliran dan produk halal serta motivasi pelajar.
Program tersebut juga bertujuan membuka peluang kumpulan sasar mengemukakan masalah dan pendapat kepada kumpulan pakar UPM secara langsung, terbuka dan telus.
Selain itu, UPM dapat menghulurkan kepakaran terus di lapangan serta mem bantu agensi pertanian dalam membangunkan bidang pertanian dan industri asas tani setempat melalui diagnosis masalah pertanian secara bersama.
Pada masa sama, universiti terbabit dapat memperkenalkan hasil penemuan penyelidikan dan menambah nilai penyelidikan dan teknologi yang sedia ada kepada petani dan usahawan tani.
Oleh itu, kehadiran seramai 43 mencakupi segenap aspek kepakaran yang didatangkan dari pelbagai fakulti di universiti terbabit amat bermakna.
Pensyarah-pensyarah terbabit adalah dari Fakulti Pertanian yang pakar dalam kesuburan dan pengurusan tanah perosak dan penyakit tanaman, teknologi pertanian perniagaan tani sains haiwan dan akuakultur.
Pakar-pakar lain termasuk dari Fakulti Perubatan Veterinar, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan, Fakulti Kejuruteraan dan Fakulti Sains.

#Sumber Utusan Malaysia- Mega Agro Biz

Monday, March 8, 2010

BENGKEL PERSATUAN PENYELIDIKAN CENDAWAN MALAYSIA

Bengkel bertajuk :PENANAMAN CENDAWAN MENGGUNAKAN PELBAGAI HASIL BUANGAN PERTANIAN DAN INDUSTRI
akan diadakan sempena Mesyuarat Agong MMRA ke 10.
Tarikh : 24 APRIL 2010, 8:30am-3:00pm
Tempat : KOMPLEKS DEWAN KULIAH FAKULTI SAINS, FAKULTI SAINS, UNIVERSITI MALAYA, 50603 KUALA LUMPUR.
Tarikh tutup bayaran dan penerimaan borang pendaftaran :16hb. April 2010.
Sila buat bayaran terus ke : PERSATUAN PENYELIDIKAN CENDAWAN MALAYSIA
Bank CIMB No akaun : 1440-0008012-05-8.
Emailkan atau fakskan resit pembayaran bersama borang pendaftaran ke :Email : mam-com@googlegroups.com, atau
Fak no. : 03 6277 2341
Borang daftar akan dihandar kepada ahli-ahli persatuan melaluli pos.

JUMPAAN PENGUSAHA-PENGUSAHA ASEAN

Persatuan Penyelidikan Cendawan Malaysia tengah memohan kebenaran untuk ahli-ahli persatuan bertemu dengan Pengusaha-pengusaha Cendawan ASEAN yang akan menghadiri workshop di Jabatan Pertanian pada hujung bulan Mar.
Tarikh tentatif untuk pertemuan : 23Mar2010
Tempat : ORIENTAL CRYSTAL Hotel, Kajang
Tujuan : Menjalinkan hubungan dengan pengusaha-pengusaha dari 10 negara ASEAN dan menukar maklumat tentang penanamam cendawan
Peserta terhad : 30 orang shj.
Ahli-ahli persatuan yang perminat sila hubungi Presiden Persatuan, Dr Noorlidah atau AJK Persatuan melalui email noorlidah@um.edu.my atau mam-com@googlegroups.com
Yuran : akan di tentukan

Wednesday, February 3, 2010

OFFER LAGI

Sterilizer portable, electric pressure steam

*RM 2,800.00/Unit
*Model 75X, ALL AMERICAN
*Capacity : 39 liter/41 qt
*Inner Container : 356 x 260mm (dia x ht)
*1650 watt heating element for faster operation
*More accurate TPI thermocouple, snapswitch and pilot light
*60 minute mechanical bell timer


Steamer (Second hand baru 4 bulan pakai)
Beli Rm 4++++ Jual Rm 3500 sahaja

* Kapasiti Kecil Saiz 6' x 4' x 4': 576 bag
* Keluli ketebalan 1.5mm
* Thermometer dan manual valve
* Getah penebat steam
* Pelepasan stim Minimum semasa mengukus



2 in 1 Mixer & Bagging (second hand baru pakai 4 bulan) – Beli Rm 7++++
Jual Rm 6000 sahaja.(pengangkutan sendiri)

* Kapasiti Mixer 60 hingga 70 kg habok kayu kering
* Menggunakan motor 1.5hp(bagging) motor 2.0hp(mixer), elektrik single phase
* 2 suis berasingan supaya boleh operate berasingan
* Pedal on & off untuk bagging.
* Sekali Mix dapat ~130 bongkah.
* Bagging Machine boleh mengisi sahaja 200 hingga 240 bongkah sejam.
* Spesifikasi Kilang - setiap bahagian mesin boleh ditanggal untuk gantian dan maintanance
* Ciri-ciri Keselamatan

Berminat sila Call /SmS En.Suhaime Kassim : 017 6692610
Lokasi : Tasik Puteri , Rawang


Perasmian, Pembukaan & Karvnial Bazaar @ MAEPS



MAJLIS (GRAND OPENING) PELANCARAN ,PEMBUKAAN DAN KARNIVAL PASAR TERBUKA MALAYSIA ,BAZAAR@MAEPS 2010 AKAN DIADAKAN PADA 20-21 FEBUARI 2010 YANG AKAN DIRASMIKAN OLEH MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

TARIKH : 20 HINGGA 21 FEBUARI 2010
MASA : 3.00PM (SABTU) HINGGA 5.00PM (AHAD)
LOKASI : TAPAK BAZAAR@MAEPS (PARKING 2B)
SEMPENA PELANCARAN PEMBUKAAN BAZAAR@MAEPS HARI AHAD ANTARA CADANGAN INTENARI PADA MAJLIS TERSEBUT IALAH :

ATURCARA KARNIVAL :

1- PAMERAN FLEA MARKET & CARBOOTSALES 1MALAYSIA
2- PAMERAN AGRO MART & AUTOSALES
3- PAMERAN KRAFTANGAN
4- PAMERAN MAKANAN WARISAN NEGARA
5- LELONGAN KOLEKSI PERIBADI
6- PERTANDINGAN KARAOKE BERSAMA KOMPOSER SAARI AMRI (SARINGAN PERTAMA)
7- PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN DARI UNIVERSITI-UNIVERSITI AWAM
8- PERCIKAN BUNGA API TEPAT JAM 12.00MLM (SEMPENA MENYAMBUT PEMBUKAAN BAZAAR@AHAD)
9- PERHIMPUNAN KERETA DAN MOTOSIKAL KLASIK
10- GO KART & DRIFT PRE-LEAGUE
11- PERTANDINGAN MASAKAN KOMERSIAL DAN TRADISIONAL
12- PERTANDINGAN AGRO HUNT
13- PERTANDINGAN MEMANCING
14- PERTUNJUKAN FESYEN & AKSESORI
15. PERTANDINGAN PAKAIAN 1 MALAYSIA (DEWASA & KANAK-KANAK)


SEMUA DIJEMPUT MENYERTAI ACARA YANG BERLANGSUNG DAN DATANGLAH BERAMAI-RAMAI

Tuesday, January 26, 2010

Special Offer

Special Offer :

1)Rak Kayu 5 kaki @ RM70/unit =12 unit
2)Rak Kayu 8kaki & 8.5 kaki@ RM100/unit = 46 unit

Tempahan awal akan dapat batu pelapik.Harga tawaran untuk pembelian 10 rak keatas + 1000unit cili cap.
Pengangkutan tiada disediakan, SENDIRI angkut da...

Berminat sila call Encik Roslan ( Puncak Alam Mushroom ) 019 3232166

Tuesday, December 8, 2009

Jualan Selangor Ria 09 dan Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Selangor


Jualan Selangor Ria kini kembali. Sertai kemeriahannya!
Pada 19 - 27 Disember 2009
Bertempat di Tapak Letak Kereta Stadium Melawati, Seksyen 13, Shah Alam
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -- - - - - - - -- - - - - - - -
Perasmian Selangor Ria 2009 dan Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Selangor
Pada : 21 Disember 2009 (Isnin)
Masa : 2.00 petang
Oleh : Y.A.B Dato' Menteri Besar Selangor


* Temui rakan pengusaha kiter di sana Encik Akmal ( Cendawan Blues ) dan En Zul ( Cendawan Puchong.

Tuesday, December 1, 2009

Kursus Penyediaan Tisu Kultur & Benih Cendawan

Tarikh : 14-17hb Dis 2009 (4hari)
Tempat : Institue Sains & Biology
Universiti Malaya
Petaling Jaya
Selangor
Masa : 0830pg - 530ptg

Keterangan lanjut sila hubungi Puan Zainon (013-3418202)