Monday, March 31, 2008

TAPAK PROJEK..2

Minggu lepas 30 .3. 2008 ,balik kampung sambung balik projek tapak rumah cendawan.Pada awalnya tokeh kapal korek bagitau...jentera kapal korek lambat sampai...jangan tak jadi sudah..Lama jugak tunggu at last tengahari baru sampai kapal korek tu.

Lebih kurang 1 jam lebih siap tebang ngan cabut pokok...adelah dalam 4-5 batang pokok kelapa ngan pokok sawit tumbang
Dah pun siap ratakan tanah ...tapak rumah cendawan...siap ukur dapat ler keluasan 20'x40'

Monday, March 3, 2008

PENGETAHUAN ASAS TANAMAN CENDAWAN

1. PENYEDIAAN BEG CENDAWAN
Bahan/Peralatan: Habuk Kayu Getah ,Dedak Halus ,Kapur Pertanian,Beg Plastik (tahan panas, saiz 8.5cm x 35cm)Gegelang PVC (panjang 2-3cm, garis pusat 3cm)Kapas/Surat Khabar Lama + Getah Pengikat
Cara:
1.Gaulkan habuk kayu getah, dedak dan kapur pertanian pada kadar 100:10:1
2.Campurkan air sehingga campuran habuk kayu lembab dan apabila dikepal tidak berderai.
3.Masukkan campuran habuk kayu getah ke dalam beg plastik dan hentak sehingga padat.
4.Pasangkan gegelang PVC dan tutup dengan penyumbat kapas atau ditutup dengan kertas surat khabar lama dan diikat dengan getah.

2. PENGUKUSAN BEG CENDAWAN
Bahan/Peralatan:Tong Drum,Set Dapur Gas
Cara:
1. Letakkan lapik (dari bata atau kayu dan dawai jaring) ke dalam tong drum setinggi 20cm.
2. Isikan air ke dalam tong drum bawah sedikit daripada pelapik tadi.
3. Susun menegak beg-beg cendawan yang telah siap ke dalam tong drum dan tutup rapat.
4. Kukus 7-8 jam.
5. Sejukkan sebelum disuntik benih.

3. PENYUNTIKAN BENIH
Bahan/Peralatan: Benih Cendawan ,Pencungkil Benih
1.Penyuntikan benih ini hendaklah dilakukan di dalam keadaan bersih.
2.Hancurkan benih cendawan dengan pencungkil.
3.Buka mulut beg cendawan dan masukkan benih cendawan sebanyak satu sudu besar dan tutup kembali mulut beg cendawan.
4.Susun beg cendawan secara menegak di tempat yang redup dan sejuk (terlindung dari cahaya matahari)
5.Biarkan maisiliam tumbuh hingga memenuhi keseluruh beg cendawan (30-40 hari selepas disuntik benih).

4. MEMUNGUT HASIL
1.Setelah maisilium memenuhi keseluruh beg cendawan, susunkan ke atas rak dengan cara merebahkannya.
2.Buka mulut beg cendawan dan tunggu hingga hasil pertama keluar (2-4 hari selepas dibuka).
3.Sembur air dengan percikan yang halus pada waktu pagi dan petang untuk meninggikan kelembapan dan merendahkan suhu.
4.Pungut cendawan yang telah berkembang sebelum tepi kelilingnya menjadi berombak-ombak.
5.Tutup kembali beg cendawan yang telah dipungut hasil dan tunggu hingga 7-10 hari untuk dibuka kembali.

INFO CENDAWAN

Minggu depan saya akan belajar lagi. Kursus penanaman cendawan 15-16Mac 2008 anjuran Kolej Komuniti Hulu Langat. InsyaAllah akan saya mamfaatkan segala ilmu yang diperolehi nanti dan mengunakan peluang berkursus ini untuk mendapatkan sebanyak mungkin info tentang projek cendawan. Ini kursus kedua saya bagi penanaman cendawan selepas kursus pertama di Fatisha Agro Farm, 5-6 Jan 2008. Terima kasih atas sifu Cik Rusila diatas tunjuk ajar beliau.
Ada lagi satu kursus kat Kajang 29- 31 Mac anjuran Pusat Pengembangan,Keusahawanan dan Pemajuan Profesional ( APEEC), UPM & Institut Pembangunan Bank Pertanian Malaysia ( ABADI). Saya harap ilmu yang saya perolehi tidak hanya saya gunakan semasa belajar tapi dapat dimanfaatkan dengan terlaksananya projek cendawan ini.




Kursus Tanaman Cendawan di Fatisha AgroFarm 5-6 Jan 08

Sunday, March 2, 2008

TAPAK PROJEK


Inilah kampung kelahiran saya..Kampung Kunci Air Buang , Tg Karang. Di sebelah kiri kg ade sungai dan kampung, sementara di sebelah kanan merupakan sawah padi.

Bekalan atap pun ade di kampung saya, bumbung rumah cendawan saya takde masaalah. Harga sekeping atap nipah RM1.80, kepada sesiapa nak beli atap nipah boleh hubungi saya...no problem.

Jeti tempat orang pergi memancing ikan atau udang galah....Pada yang berminat memancing udang galah boleh lah menghubungi En Lan ( 012 2378484 ) untuk menyewa sampan.

Permandangan sawah padi
Inilah tapak projek cendawan saya, tanah arwah ayah ....banyak lagi yang perlu kena buat..pokok kelapa sawit kena tebang ade dalam 4-5 batang jugak pastu tanah nak kena ratakan...modal tu!!!hehhe