Tuesday, September 15, 2009

Salam Adil Fitri - Jom Balik Kampung




Salam Aidil Fitri buat pengusaha / bloggers cendawan dan kepada yg ingin pulang ke kampung halaman tu berhati -hati ketika memandu, ingatlah orang yang tersayang. - pesanan ikhlas dari Permai Desa Agrotech.

Wednesday, September 9, 2009

Cendawan Jana Pendapatan Lumayan

Lawatan pegawai Jabatan Pertanian Selangor

En .Syukri dan Puan Zaharah usahawan cendawan yg berjaya

Cendawan tiram kelabu mampu menjana pendapatan yang lumayan sekiranya diusahakan dengan bersungguh-sungguh secara komersial serta dalam skala yang besar. Ini telah dibuktikan oleh En. Syukri Bin Ahmad bersama isteri beliau Puan Zaharah Bte Jidin di Hulu Selangor. Beliau yang berpengalaman dalam penanaman cendawan selama 16 tahun berkata perusahaan tanaman cendawan mempunyai masa hadapan yang baik kerana mempunyai permintaan yang berterusan serta produk ini boleh dipelbagaikan.
Pada masa ini beliau mengusahakan kira-kira 120,000 beg cendawan setiap masa dengan dibantu oleh 4 orang pekerja sepenuh masa. Dengan pengeluaran hasil cendawan tiram kelabu sebanyak 150 kg sehari dan harga RM8.00 bagi setiap kilogram En Syukri mampu tersenyum puas kerana usaha keras beliau selama ini telah mendatangkan pulangan yang lumayan.
Bercakap mengenai pemasaran beliau selanjutnya berkata " pasaran tiada masalah, kerana cendawan yang dikeluarkan oleh syarikat kami berkualiti serta mendapat permintaan dari pasar borong serta kedai-kedai berhampiran"
Selain mengeluarkan cendawan segar beliau juga menawarkan jualan beg cendawan yang telah siap dengan benih cendawan dengan harga RM1.20 bagi setiap beg.

#sumber dari :http://sinartani.blogspot.com/