Saturday, February 28, 2009

Jalan- Jalan Cari Info

Hari Sabtu 28/02/09..saya serta family berkesempatan pergi ke ladang cendawan kepunyaan Puan Wan Suhaida di Kg Perepat, Klang





Kaluasan rumah tuai 40'x100'



Bilik Peram keluasan 30'x30



Tapi malangnya saya tak dapat merakam gambar tuan punya ladang tersebut,tuan nya tak suka inter frame...hehhe..hehh.tapi takpa kalau nak tau lebih lanjut dibawah ade info alamat serta no phone beliau.


Cita Rasa Nusa Mushroom
Nama Pengusaha : Puan Wan Suhaida Wan Hussain
Lokasi : Lot 9306, Kebun Baru Perepat
Batu 8 1/2, Jalan Kapar
Klang, Selangor
Hp: 012 6474290/ 0122999593





































Trip to Kuching - Sarawak

23hb Februari 2009, saya telah terbang ke Kuching Sarawak atas urusan kerja. Kesempatan ini saya dapat berkunjung salah seorang pengusaha di area Kuching.
Bersama Puan Florence dari Mayang Agro saya telah pergi ke salah seorang anak didik beliau di Petra Jaya iaitu saudara Nurul.


Bersama saudara Nurul empunya Cendawan Petra Jaya , Kuching Sarawak


Ni stok habuk kayu biasa , bukannya habuk kayu getah..


Nama Pengusaha : Encik Nurul
Lokasi :No: 232, Lot 1150, Jalan Layang-Layang
Kampung Semerah Padi
90350, Kuching
Sarawak
Hp No: 019-8487629 / 012-8592070


Apapun, terima kasih atas layanan saudara Nurul semasa saya berkunjung di ladang beliau, tak lupa jugak buat Puan Florence kerana sudi jadi pemandu pelancung.Terima kasih banyak-banyak.
Semoga kita sama-sama terus berjaya dalam industri ini..




Wednesday, February 11, 2009

Agro Biz

Hasil Lumayan Tempoh Singkat - Nutri Agrotech sasar tembusi pasaran eksport cendawan tahun depan.

Oleh Siti Fatimah Hassan
bisnes@hmetro.com.my

PERMINTAAN tinggi di peringkat pasaran global terhadap cendawan membuktikan tanaman jangka pendek itu berpotensi untuk diusahakan secara besar-besaran bagi menjana ekonomi di bawah pelan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).
Menyedari kepentingan itu, Jabatan Pertanian negeri kini giat mengadakan pelbagai latihan khusus membimbing serta menggalakkan petani menceburi bidang tanaman itu.
Hasil perusahaan tanaman itu juga, Nutri Agrotech Enterprise kini muncul sebagai sebuah syarikat pengeluar cendawan terbesar di negeri ini.
Menurut Pengarah Nutri Agrotech, Mohd Asmawi Mohamed Noor, ketika ini syarikatnya mengeluarkan kira-kira 100 hingga 130 kilogram (kg) cendawan tiram kelabu setiap hari.
“Sejak perniagaan ini dibuka tujuh tahun lalu, kami hanya merancang untuk menambah pendapatan. Selepas setahun terbabit dalam perniagaan ini, ia berupaya mengeluarkan hasil yang dituai sebanyak lapan kali setahun,” katanya.
Mohd Asmawi berkata, tanaman cendawan dilihat semakin mendapat permintaan terutama cendawan tiram kelabu yang mempunyai pasaran lebih luas sebagai bahan utama untuk tujuan perubatan dan kesihatan.
Katanya, syarikat itu mensasarkan untuk membuka tiga lagi rumah cendawan pada tahun ini bagi memenuhi pasaran sekali gus dapat menembusi pasaran eksport menjelang tahun depan.
Sementara itu, peserta program Jabatan Pertanian negeri, Rosmaizan Che Abdullah, berkata dia kini bergiat dalam bidang perniagaan cendawan proses selepas mendapat bimbingan dalam kursus itu.
“Saya mula menjual sebanyak 20 peket cendawan goreng sejak September tahun lalu dan kini ia menjadi kegemaran di kalangan pelanggan.
“Kini pengeluaran cendawan ditingkatkan dengan memproses 6 kg cendawan sehari untuk menghasilkan lebih 100 peket cendawan goreng,” katanya.
Menurut Rosmaizan, dia mensasarkan untuk menjual sebanyak 500 peket cendawan goreng sehari dan memasarkan produk terbabit di pasar raya besar di seluruh negeri.
Setakat ini, Malaysia mengeluarkan kira-kira 24,000 kg cendawan setiap hari tetapi hasil berkenaan masih jauh daripada menepati permintaan pasaran iaitu sebanyak 50,000 sehari.
Sebanyak 334 ladang komersial cendawan sudah diwujudkan di negara ini dan enam daripadanya beroperasi secara skala besar dengan hasil lebih 500 kg sehari.

Nama Pengusaha : Md.Asmawi / Azzuddin
Hp No: 019 9659488 / 013 9017662
Lokasi : Lot 448, Kampung Padang Salim
16150 Kota Bharu, Kelantan
Website : http://www.nutriagrotech.com
Email: enquiry@nutriagrotech.com

# Sumber : Harian Metro - 11.2.2009

KURSUS TISU KULTUR / SPAWN DI UNIVERSITI MALAYA

Gambar beramai-ramai perserta kursus tisu kultur/spawn siri 1/2009.

Hari terakhir berkursus, terima sijil dari Prof.Madya Dr.Noorlidah Abdullah...perghh macam rasa grad la plak..

Monday, January 26, 2009

Jalan- Jalan Cari Info

Hari Sabtu 24/01/09..saya serta family berkesempatan pergi ke ladang cendawan kepunyaan En Saptri di Gombak, Kuala Lumpur.

Benih - benih yang di hasil kan sendiri.

Steamer hasil kerja En Saptri , pakai kayu -kayu terbuang jadi bahan bakar.

Tapi malangnya saya tak dapat merakam gambar2 mesin bagging hasil ciptaan beliau, bateri kamera buat hal la plak...tapi takpa kalau nak tau info sila lah ke website beliau http://www.cendawan.tk/
Nama Pengusaha: Saptri Herman
Lokasi: Lot 1304-14, Kampung Tengah 1
Batu 6 1/4
53100 Gombak
Kuala Lumpur
Hp No:014 6394305

Thursday, January 22, 2009

Kursus Menghasilkan Benih Cendawan

Meskipun ada dakwaan bahawa pasaran untuk cendawan semakin kurang, namun keperluan untuk meningkatkan jumlah pengeluaran tanaman tersebut perlu diteruskan.
Kursus mengenai teknik penanaman cendawan masih giat dijalankan kerana sambutan daripada orang ramai sentiasa ada.
Ini membuktikan masih ramai berminat untuk menceburi bidang penanaman cendawan. Tetapi di sebalik keghairahan itu, masalah bekalan benih masih membelenggu industri tersebut.
Ia merupakan satu kekangan bagi mengembangkan industri berkenaan ke tahap yang lebih baik.
Selama ini ramai pengusaha tanaman cendawan menghadapi masalah mengenai harga benih yang melambung tanpa kawalan, kualiti benih cendawan yang dibekalkan serta kerumitan memperoleh bekalan yang berkualiti dan terjamin.
Justeru Persatuan Penyelidik Cendawan Universiti Malaya (UM) dengan kerjasama Genting Permai Resources Sdn. Bhd. mengadakan Kursus Tisu Didik Cendawan selama lima hari bermula 7 hingga 11 Februari ini di Institut Sains Biologi UM.
Kursus berkenaan yang dikendalikan oleh tenaga pakar dari UM ini meliputi teori dan praktikal bagi penyediaan benih cendawan bermula dari awal hingga akhir.
Pada awal kursus peserta akan diberikan penerangan mengenai kitar hidup cendawan, didedahkan mengenai teknik aseptik dan pensterilan secara amali.
Mereka juga akan diajar mengenai penyediaan media yang sesuai bagi tisu didik cendawan dimana segalanya akan dilakukan oleh peserta sendiri.
Selepas itu peserta juga akan didedahkan dengan penyediaan kultur cendawan sama ada daripada batang atau insang cendawan.
Semua kaedah ini akan dilakukan sendiri oleh peserta bagi melihat keupayaan menghasilkan benih cendawan menerusi kultur didik cendawan.
Bagi hari ketiga dan keempat sementara menunggu benih cendawan terhasil, peserta akan diberikan pilihan sama ada untuk melawat ladang cendawan yang menghasilkan benih cendawan di sekitar Lembah Kelang atau aktiviti lain yang sesuai.
Selepas benih cendawan dihasilkan, peserta akan diajar cara menyimpan kultur cendawan yang betul.
Akhir sekali, semua hasil benih cendawan yang dihasilkan peserta akan dinilai sebelum perbincangan bagi meningkatkan kualiti benih yang dikeluarkan.
Penanaman cendawan yang berminat menghadiri kursus berkenaan boleh mendapatkan maklumat berkenaan dengan menghubungi Zainon di talian 013-3418202.

#Sumber Utusan Malaysia - Mega ( AgroBiz ) 23/01/2009

Sunday, December 28, 2008

Papan Tanda ( Sign Board )

Alhamdulillah, akhirnya papantanda (signboard) untuk projek tanaman cendawan Permai Desa Agrotech telah berjaya disiapkan...harganya lebih kurang RM400.

Saturday, December 13, 2008

Jumpa Geng Cendawan Di Kelate

Sempena cuti Hari Raya Aidil Adha ,balik beraya di kg mak mertua di Kelantan..sambil balik kg sempat juga saya berkunjung di ladang cendawan milik En. Alias di Pasir Puteh , Kelantan.



Ni rumah cendawan Pertama..
Ni no 2, tempat beliau baru lepas kena banjir....
Yang no 3 dalam pembinaan....tiang2 /rangka rumah cendawan hanya mengunakan kayu2 hutan.
Rak cendawan pakai kayu -kayu hutan


Stok abuk kayu...menurut saudara Alias bekalan di area Kelantan tak jadi masaalah...stok byk dah murah...
Terima kasih atas layanan saudara Alias..beliau telah mengambil keputusan berhenti kerja dan akan menumpukan sepenuh masa dengan bisness cendawannya..semoga usaha saudara berjaya hendaknya.




Nama Pengusaha: En. Alias ( Aliza Mushroom )
Lokasi: Lot 558, Kg Temila,
16800, Pasir Puteh
Kelantan
Hp:0196762779

Tuesday, November 25, 2008

Tanaman Cendawan Berbaloi

Oleh RUZSDAN EMBONG



DUNGUN 24 Nov. - Tindakan nekad seorang pemuda, Mohd. Eruan Salleh, 28, berhenti kerja di sebuah syarikat terkemuka di ibu negara semata-mata untuk melibatkan diri secara serius dalam bidang perusahaan cendawan kini ternyata berbaloi.

Biarpun baru setahun mengusahakan projek tanaman cendawan tiram kelabu, bekas pegawai teknikal itu kini mampu menarik nafas lega setelah pendapatannya mencapai angka RM3,000 hingga RM4,000 sebulan.

Eruan ketika ditemui Utusan Malaysia memberitahu, dia gembira dan berasa bangga dengan kejayaan yang dikecapinya sekarang termasuk berjaya menubuhkan syarikat miliknya sendiri iaitu Agro Mesra Trading.

"Mulai sekarang, saya tidak akan menoleh lagi ke belakang, saya akan pastikan usaha dan pengorbanan saya ini akan terus berkekalan serta tidak menjadi sia-sia," katanya ketika ditemui di tapak semaian berdekatan rumahnya di Kampung Padang Pulut di sini semalam.

Eruan yang juga anak keempat daripada lapan beradik pernah mengikuti pengajian Veterinar di peringkat diploma di Universiti Pertanian Malaysia (UPM) pada tahun 1998 sebelum melanjutkan pelajaran peringkat ijazah dalam bidang Sains Makanan di universiti yang sama.

Selepas menamatkan pengajian pada tahun 2004, dia bekerja di sebuah agensi pertanian di ibu negara sebagai pegawai teknikal dengan gaji permulaan RM1,800 bagaimanapun berhenti pada hujung tahun lalu bagi memberi tumpuan terhadap tanaman cendawan.

Eruan berkata, berbekalkan modal sendiri dan bantuan ahli keluarga sebanyak RM3,000, dia dan keluarganya telah memulakan projek penanaman cendawan tiram kelabu berhampiran rumahnya.

"Sepanjang empat hingga lima bulan pertama projek ini diusahakan, kami berjaya memperoleh pendapatan purata sebanyak RM2,000 sebulan hasil daripada jualan sebanyak lima kilogram cendawan sehari ke pasar Dungun dan kedai-kedai makan sekitar.

"Namun, selepas mengambil keputusan untuk memperbesarkan projek penanaman ini beberapa bulan lalu, kini jualan dan hasil pendapatan kami meningkat kepada RM3,000 hingga RM4,000 sebulan,'' katanya.

Dalam pada itu katanya, sepanjang mengusahakan projek cendawan tersebut, dia turut menghadapi pelbagai masalah termasuk daripada segi bekalan, cara memproses dan juga serangan penyakit namun ia tidak mematahkan semangatnya untuk terus berusaha.

Katanya, selain mengusahakan tanaman itu, dia turut menyediakan khidmat menjual peralatan tanaman cendawan dan menawarkan kursus berkaitan pada yuran yang berpatutan.

Mereka yang berminat boleh menghubunginya di talian 019-6056213 untuk keterangan lanjut.


#Sumber dari Utusan Online - Edisi Pantai Timur.

Sunday, November 23, 2008

Jalan- Jalan Cari Info

Hari minggu 23/11/08..saya bersama rakan berkesempatan pergi ke ladang cendawan kepunyaan En Sharif di Ulu Yam Bharu, Selangor.Tapi malangnya beliau tiada di ladang, saya hanya dapat berjumpa anak beliau dan meminta kebenaran mengambil gambar di farm , dapat ler 5-6 keping gambar.
Jikalau ada masa , saya akan berkunjung lagi di tempat En.Sharif.



Anggaran keluasan bangsal/gudang cendawan 40'x80...kapasiti muatan bungkah , korang kira sendiri lah..












Tempat simpan abuk kayu getah....biar ajer kena ujan pun takpa...hehheheh



Ni mixer dalam proses pembuatan lagi..kapasiti dalam 100kg , ni anggaran sayalah






Nama Pengusaha : Encik Sharif
No Phone: 019 3667660
Lokasi : No:31, Kampung Kalung Tengah
Ulu Yam Bharu
44300,Batang Kali,
Selangor Darul Ehsan.

















Saturday, November 22, 2008

Mushroom Chips




Sunday, November 9, 2008

INFO TERKINI

IKLAN PROJEK PEMBANGUNAN JABATAN PERTANIAN NEGERI SELANGOR (JPNS) BAGI TAHUN 2009

Jabatan pertanian Negeri Selangor (JPNS)mempelawa usahawan tani untuk memohon bantuan dari JPNS bagi Projek Pembangunan Tahun 2009

Skop Bantuan:
- Infrastruktur perparitan dan peralatan pengairan
- Input pertanian ( Baja dan racun perosak)
- Bahan tanaman
- Peralatan atau mesin

Syarat -syarat permohonan:
-Pemohon adalah warganegara Malaysia
-Projek beroperasi di dalam negeri Selangor
-Projek telah beroperasi selama 6 bulan
-Projek tersebut telah mempunyai pasaran sendiri
-Pemohon tidak pernah mendapat bantuan dari Jabatan Pertanian
-Pemohon diminta untuk mengemukakan:
i) Salinan geran tanah jika tanah milik sendiri; atau
ii) Salinan surat perjanjian jika tanah di sewa; atau
iii) Salinan kebenaran dari agensi atau kerajaan jika tanah rizab
*Sekiranya tiada sebarang dokumen di atas permohonan akan ditolak

Borang permohonan boleh didapati di Pejabat Pertanian Daerah;
1) Shah Alam - 03 55445440
2) Klang - 03 33718825
3) Kuala Selangor - 03 32891542
4) Sabak Bernam - 03 32242306
5) Sepang - 03 87061099
6) Hulu Selangor - 03 60491230
7) Hulu Langat - 03 87360420
8) Gombak/Petaling - 03 61896905

TARIKH TUTUP PERMOHONAN :30 NOVEMBER 2008

Sunday, November 2, 2008

Dah Mula Menuai

Cendawan ku dah mengeluarkan hasil...start tuai dari 30/10/08-2/11/08..







Hasil pada 1/11/08..dapat lebih kurang 40kilo...nah tak cukup tangan nak tuai...nak sangat rasa tanam cendawan..hehheheh
Hasil tuaian dari 30/10/08-2/11/08 dapat la lebih kurang 80kilo...dari 1000beg yg keluar cendawan, 70kilo tolak kat CIMA Agro ..yang 10kilo tolak kat org kampung.




Ni nama dia cendawan "raksaksa " atau pun cendawan tunggal





Tapak untuk ruang kerja dan penyimpan abuk kayu dalam pembinaan.







Monday, October 27, 2008

Info Terbaru

Sorry kekawan semua ..dah lama saya tak updated blog...
Beg2 media yang saya beli dari CIMA Agro...tempohari sudah ade yang keluar hasil, jangkaan saya awal bulan 11 ni...1st harvest. tapi dah ade yang keluar awal...alhamdullilah


Ni salah satu cendawan yg kuar masa hari raya tempoh ari...tuannya pun tak dapat tengok , anak saudara yg kat kampung antar MMS ajer.. dah selamat kena goreng pun!!!




Sebahagian dari beg2 media yang keluar ...tapi tak byk yang keluar adelah dalam 30 beg..dari 3K



Beg2 media ade yg keluar cendawan ...27 /10/2008




Cadangan membina sebuah lagi rumah cendawan 20' x 20 '...



Beg2 media yang kena penyakit, hitam dan hijau...lebih kurang dalam 30beg .




Pondok tempat lepak2..tak siap2 lagi....



Ni pulak , cadangan tempat ruang hasil beg2 media, simpan habuk kayu dah stor...12' x 20'



Ni jenis cendawan apa yek??....tumbuh kat batang pokok mangga.




































































Sunday, September 14, 2008

Salam Aidil Fitri...Jom Balik Kampung!!!!


Salam Aidil Fitri buat pengusaha / bloggers cendawan dan kepada yg ingin pulang ke kampung halaman tu berhati -hati ketika memandu, ingatlah orang yang tersayang. - pesanan ikhlas dari Permai Desa.