Oleh RUZSDAN EMBONG
DUNGUN 24 Nov. - Tindakan nekad seorang pemuda, Mohd. Eruan Salleh, 28, berhenti kerja di sebuah syarikat terkemuka di ibu negara semata-mata untuk melibatkan diri secara serius dalam bidang perusahaan cendawan kini ternyata berbaloi.
Biarpun baru setahun mengusahakan projek tanaman cendawan tiram kelabu, bekas pegawai teknikal itu kini mampu menarik nafas lega setelah pendapatannya mencapai angka RM3,000 hingga RM4,000 sebulan.
Eruan ketika ditemui Utusan Malaysia memberitahu, dia gembira dan berasa bangga dengan kejayaan yang dikecapinya sekarang termasuk berjaya menubuhkan syarikat miliknya sendiri iaitu Agro Mesra Trading.
"Mulai sekarang, saya tidak akan menoleh lagi ke belakang, saya akan pastikan usaha dan pengorbanan saya ini akan terus berkekalan serta tidak menjadi sia-sia," katanya ketika ditemui di tapak semaian berdekatan rumahnya di Kampung Padang Pulut di sini semalam.
Eruan yang juga anak keempat daripada lapan beradik pernah mengikuti pengajian Veterinar di peringkat diploma di Universiti Pertanian Malaysia (UPM) pada tahun 1998 sebelum melanjutkan pelajaran peringkat ijazah dalam bidang Sains Makanan di universiti yang sama.
Selepas menamatkan pengajian pada tahun 2004, dia bekerja di sebuah agensi pertanian di ibu negara sebagai pegawai teknikal dengan gaji permulaan RM1,800 bagaimanapun berhenti pada hujung tahun lalu bagi memberi tumpuan terhadap tanaman cendawan.
Eruan berkata, berbekalkan modal sendiri dan bantuan ahli keluarga sebanyak RM3,000, dia dan keluarganya telah memulakan projek penanaman cendawan tiram kelabu berhampiran rumahnya.
"Sepanjang empat hingga lima bulan pertama projek ini diusahakan, kami berjaya memperoleh pendapatan purata sebanyak RM2,000 sebulan hasil daripada jualan sebanyak lima kilogram cendawan sehari ke pasar Dungun dan kedai-kedai makan sekitar.
"Namun, selepas mengambil keputusan untuk memperbesarkan projek penanaman ini beberapa bulan lalu, kini jualan dan hasil pendapatan kami meningkat kepada RM3,000 hingga RM4,000 sebulan,'' katanya.
Dalam pada itu katanya, sepanjang mengusahakan projek cendawan tersebut, dia turut menghadapi pelbagai masalah termasuk daripada segi bekalan, cara memproses dan juga serangan penyakit namun ia tidak mematahkan semangatnya untuk terus berusaha.
Katanya, selain mengusahakan tanaman itu, dia turut menyediakan khidmat menjual peralatan tanaman cendawan dan menawarkan kursus berkaitan pada yuran yang berpatutan.
Mereka yang berminat boleh menghubunginya di talian 019-6056213 untuk keterangan lanjut.
#Sumber dari Utusan Online - Edisi Pantai Timur.
Tuesday, November 25, 2008
Tanaman Cendawan Berbaloi
Sunday, November 23, 2008
Jalan- Jalan Cari Info
Hari minggu 23/11/08..saya bersama rakan berkesempatan pergi ke ladang cendawan kepunyaan En Sharif di Ulu Yam Bharu, Selangor.Tapi malangnya beliau tiada di ladang, saya hanya dapat berjumpa anak beliau dan meminta kebenaran mengambil gambar di farm , dapat ler 5-6 keping gambar.
Jikalau ada masa , saya akan berkunjung lagi di tempat En.Sharif.
Anggaran keluasan bangsal/gudang cendawan 40'x80...kapasiti muatan bungkah , korang kira sendiri lah..
Saturday, November 22, 2008
Sunday, November 9, 2008
INFO TERKINI
IKLAN PROJEK PEMBANGUNAN JABATAN PERTANIAN NEGERI SELANGOR (JPNS) BAGI TAHUN 2009
Jabatan pertanian Negeri Selangor (JPNS)mempelawa usahawan tani untuk memohon bantuan dari JPNS bagi Projek Pembangunan Tahun 2009
Skop Bantuan:
- Infrastruktur perparitan dan peralatan pengairan
- Input pertanian ( Baja dan racun perosak)
- Bahan tanaman
- Peralatan atau mesin
Syarat -syarat permohonan:
-Pemohon adalah warganegara Malaysia
-Projek beroperasi di dalam negeri Selangor
-Projek telah beroperasi selama 6 bulan
-Projek tersebut telah mempunyai pasaran sendiri
-Pemohon tidak pernah mendapat bantuan dari Jabatan Pertanian
-Pemohon diminta untuk mengemukakan:
i) Salinan geran tanah jika tanah milik sendiri; atau
ii) Salinan surat perjanjian jika tanah di sewa; atau
iii) Salinan kebenaran dari agensi atau kerajaan jika tanah rizab
*Sekiranya tiada sebarang dokumen di atas permohonan akan ditolak
Borang permohonan boleh didapati di Pejabat Pertanian Daerah;
1) Shah Alam - 03 55445440
2) Klang - 03 33718825
3) Kuala Selangor - 03 32891542
4) Sabak Bernam - 03 32242306
5) Sepang - 03 87061099
6) Hulu Selangor - 03 60491230
7) Hulu Langat - 03 87360420
8) Gombak/Petaling - 03 61896905
TARIKH TUTUP PERMOHONAN :30 NOVEMBER 2008
Sunday, November 2, 2008
Dah Mula Menuai
Cendawan ku dah mengeluarkan hasil...start tuai dari 30/10/08-2/11/08..

Hasil pada 1/11/08..dapat lebih kurang 40kilo...nah tak cukup tangan nak tuai...nak sangat rasa tanam cendawan..hehheheh
Ni nama dia cendawan "raksaksa " atau pun cendawan tunggal

Monday, October 27, 2008
Info Terbaru
Sorry kekawan semua ..dah lama saya tak updated blog...
Beg2 media yang saya beli dari CIMA Agro...tempohari sudah ade yang keluar hasil, jangkaan saya awal bulan 11 ni...1st harvest. tapi dah ade yang keluar awal...alhamdullilah
Ni salah satu cendawan yg kuar masa hari raya tempoh ari...tuannya pun tak dapat tengok , anak saudara yg kat kampung antar MMS ajer.. dah selamat kena goreng pun!!!
Sebahagian dari beg2 media yang keluar ...tapi tak byk yang keluar adelah dalam 30 beg..dari 3K
Beg2 media ade yg keluar cendawan ...27 /10/2008

Cadangan membina sebuah lagi rumah cendawan 20' x 20 '...

Beg2 media yang kena penyakit, hitam dan hijau...lebih kurang dalam 30beg .


Ni jenis cendawan apa yek??....tumbuh kat batang pokok mangga.
Sunday, September 14, 2008
Sunday, August 31, 2008
Bongkah Cendawan




Tuesday, August 26, 2008
RAMADHAN AL- MUBARAK
Kepada semua rakan2 pengusaha/ bloggers cendawan "Selamat Menyambut Ramadhan Al-Murabarak"...semoga usaha kiter selama ini diberkati olehNYa..
Sunday, August 17, 2008
MAHA 08
Di Booth LPP, siap dengan pondok cendawan...kepunyaan seorang perserta dari Johor Selatan..jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Di hadapan booth C & C Mushroom
Wednesday, July 16, 2008
"Skim Perladangan Kontrak"
1) SEBUAH syarikat berasaskan cendawan, Cima Agro Sdn. Bhd. menawarkan perladangan kontrak kepada mereka yang berminat mengusahakan tanaman tersebut bagi membantu dalam aspek pemasaran cendawan.
Mereka yang berminat boleh menghubungi Cima Agro di talian 03-32600211 atau menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) di talian 019-3060847.
Maklumat lanjut boleh diperolehi di laman blog http://cima-agro.blogspot.com/
2) GENTING PERMAI RESOURCES mempelawa pengusaha & bakal pengusaha tanaman cendawan tiram sekitar Daerah Hulu Selangor untuk menyertai "SKIM PERLADANGAN KONTRAK" kami. Dengan menyertai skim ini, anda tidak perlu lagi risau untuk memasarkan hasil cendawan anda. Jangan lepaskan peluang, Jaminan belian semula hasil cendawan pada harga yang menarik. Untuk Keterangan Lanjut Hubungi 013-341 8202 (Puan Zainon Ariffin)
Maklumat lanjut boleh di perolehi di laman blog http://gentingpermairesources.blogspot.com/
Tuesday, July 15, 2008
KURSUS PENANAMAN & PEMBENIHAN CENDAWAN - ANJURAN KOLEJ KOMUNITI SABAK BERNAM ( CAWANGAN TANJONG KARANG )
Buat kepada yang berminat untuk memulakan projek cendawan ataupun memerlukan info mengenai cendawan, Kolej Komuniti Sabak Bernam ( Cawangan Tanjong Karang ) akan mengadakan kursus penanaman cendawan pada 19 & 20 hb Julai ini. Maklumat adalah seperti di bawah.
KURSUS PENANAMAN & PEMBENIHAN CENDAWAN TIRAM KELABU
TARIKH: 19 -20 JULAI 2008
MASA: 9.00 AM - 5.00 PM
TEMPAT: KOLEJ KOMUNITI CAWANGAN TG.KARANG, SELANGOR.
Jalan PB1, Pusat Bandar Tanjong Karang,
45500, Tanjong Karang, Selangor.
YURAN PENYERTAAN: RM20 sahaja
HUBUNGI: Encik Yazid Tel: 603-32692845/40
Fax: 603-32692851
EMAIL:kksbtk@kksb.edu.my
Saturday, July 5, 2008
Site Visit..Cari Info
Minggu ni keje oustation di Seberang Jaya, hari Sabtu (5/7/08) tak keja...jadi sempat lagi melawat seorang pengusaha cendawan di Relau, Sg.Bakap, Sbrg Prai Selatan ( Puan Rosmawati - Agro Sun Enterprise , hp:012 4703609 )
Alamat: Sun Agro Enterprise













.jpg)

