Thursday, August 20, 2009

Selamat Menyambut Ramadhan

Setulus Ikhlas Mohon Kemaafan Kepada Semua Kawan2.




Seribu senyuman belum tentu menawan hati
Satu jelingan sudah cukup menimbulkan rasa benci

Membina mengambil masa

Meruntuh sekelip masa


Selamat Menyambut Ramadhan.

Maaf Zahir dan Batin
Semoga Ramadhan membawa keberkatan kepada semua dan mengukuhkan ukhwah yang terbina


Wednesday, August 5, 2009

Mini Mixer Untuk Di Jual


Mini Mixer Untuk Di Jual RM1000
Empunya Mixer : En Tam ( Tam Agro Farm Enterprise )
Phone: 012 6620380
Lokasi: Kuang , Sg Buloh


Monday, August 3, 2009

MPPP- Majlis Pembangunan Pertanian Kawasan Parlimen

MPPP di setiap kawasan Parlimen
Oleh MUZDALIFAH MUSTAPHA
muzdalifah.mustapha@utusan.com

KUALA LUMPUR 3 Ogos - Kerajaan akan menubuhkan Majlis Pembangunan Pertanian Kawasan Parlimen (MPPP) di 222 kawasan Parlimen bagi mengukuhkan industri pertanian negara.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar berkata, ia juga bertujuan membantu meningkatkan pendapatan petani dan mengurangkan kadar kemiskinan selaras indeks Petunjuk Prestasi Utama (KPI) kementerian untuk membasmi golongan miskin tegar.
Katanya, penubuhan MPPP selaras dengan dasar 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan yang diumumkan Perdana Menteri sebelum ini.
"Matlamat utama MPPP ialah mendapatkan idea berhubung pelaksanaan projek pertanian di semua kawasan Parlimen dengan mengambil kira sumber sedia ada," katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas Majlis Pelancaran dan Seminar MPPP serta Pelantikan Pengerusi-Pengerusi MPPP di sini hari ini.
Noh berkata, MPPP berfungsi sebagai platform kementerian memaklumkan kepada semua pihak di kawasan pertanian tentang program yang dilaksanakan di kawasan Parlimen masing-masing.
Selain itu, kata beliau, ia bertanggungjawab mengenal pasti masalah yang timbul di peringkat Parlimen termasuk bentuk bantuan yang diperlukan dan kesesuaiannya.
Jelasnya, antara bantuan disediakan ialah memberi latihan dan khidmat nasihat, pemberian geran, pembiayaan projek pertanian dan peruntukan kepada golongan miskin tegar.
Justeru, katanya, kerajaan telah melantik wakil-wakil rakyat untuk menerajui dan menganggotai MPPP atau ketua-ketua parti komponen Barisan Nasional (BN) bagi kawasan Parlimen pembangkang.
"Pengerusi MPPP yang dilantik itu akan bersama-sama para pegawai agensi kerajaan untuk memantau pelaksanaan projek pertanian, perikanan, ternakan dan asas tani," jelasnya.
Beliau berkata, empat agensi akan menjadi urus setia di setiap kawasan Parlimen termasuk Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) untuk kawasan di Semenanjung dan Sabah.
Katanya, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) pula sebagai urus setia di Sarawak serta Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) di kawasan bandar dan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) serta Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA).
Menurut Noh, bagi memastikan penubuhan majlis itu mencapai matlamatnya, sebanyak RM100,000 diperuntukkan setahun kepada setiap urus setia selain peruntukkan sedia ada bagi setiap agensi kementerian.
Katanya, peruntukan itu akan diagihkan oleh Pengerusi MPPP dan anggotanya mengikut kesesuaian projek yang ingin dibangunkan di kawasan Parlimen masing-masing.

Monday, June 15, 2009

AGRO BIOTEC EXPO 2009 - NEGERI SEMBILAN



" Borang Penyertaan AGRO BIOTEC EXPO 2009 "
Muat Turun Borang Penyertaan
Brochure 1
Brochure 2
Tarikh Tutup : 20/6/2009

Maklumat lanjut : http://www.ns.gov.my/jabatan/pertanian/

Wednesday, June 10, 2009

KURSUS TISU KULTUR & BENIH CENDAWAN

Tarikh: 23-26hb Jun 2009

Masa: 0800pagi - 530petang

Tempat: Falkulti Sains dan Biologi

Universiti Malaya

Petaling Jaya

Selangor



Untuk keterangan lanjut sila hubungi Puan Zainon (013-3418202)

Tempat adalah terhad

Sunday, May 24, 2009

AGRO BIZ - RM350 juta bantu usahawan tani

Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR
syahrir.bakar@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 24 Mei - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menerima peruntukan pinjaman tambahan RM350 juta bagi membantu para usahawan dan melahirkan lebih ramai golongan itu.
Menterinya, Datuk Noh Omar berkata, kemudahan pinjaman berjumlah RM300 juta akan diagihkan melalui Agro Bank sementara RM50 juta lagi di bawah Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN).
Bagaimanapun, katanya, pemberian pinjaman di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua itu diutamakan kepada para usahawan yang terlibat dalam program usaha sama dengan syarikat induk melalui konsep mentor-mentee.
Melalui konsep itu, tambahnya, agensi pemberian kredit berupaya mengawal pembayaran balik para peminjam dengan lebih teratur dan terjamin kerana ia dipertanggungjawabkan kepada syarikat mentor yang lebih stabil dari segi kewangan.
"Contohnya, usahawan hanya perlu pasarkan tanaman atau ternakan kepada mentor atau syarikat induk.
"Syarikat induk itu pula tidak membayar terus (produk kepada usahawan) sebaliknya melunaskan hutang bulanan syarikat yang lebih kecil itu kepada Agro Bank dan TEKUN," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Keusahawanan anjuran Kelab Veteran Utusan Melayu Malaysia (KVUM) di Ampang dekat sini hari ini.
Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional, Datuk Abdul Rahim Hassan dan Presiden KVUM, Datuk Raja Ahmad Niza Raja Ismail.
Sementara itu Noh memberitahu, secara umumnya, 50 peratus daripada usahawan tani yang meminjam dengan agensi-agensi di bawah kementerian gagal membayar hutang masing-masing serta tidak dapat dikesan.
Tindakan itu, katanya, menyukarkan kementerian membantu usahawan baru yang ingin menceburkan diri dalam bidang pertanian dan penternakan, akibat pusingan modal yang tidak mencukupi.
"Kepada golongan itu, saya minta mereka tampil memberi penjelasan mengenai kesukaran dihadapi kerana mungkin kita boleh pertimbangkan semula penjadualan pembayaran masing-masing," jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Raja Ahmad Niza menerangkan, seminar keusahawanan bertajuk Peluang Perniagaan dan Pembiayaan Modal itu mendapat sambutan menggalakkan dengan lebih 400 permohonan diterima sebelum ini.
Namun, katanya, pihak KVUM hanya berupaya menampung 250 penyertaan pada kali ini namun merancang memperbesarkan bilangan itu pada masa hadapan.
"Mungkin pada masa akan datang, KVUM menganjurkan seminar seperti ini di seluruh negara memandangkan sambutan yang diterima amat positif," katanya.
Seminar sehari secara percuma itu antaranya mendapat kerjasama TEKUN Nasional, Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (Smidec), Permodalan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dan Agro Bank.

Monday, May 18, 2009

AGRO BIZ- Produk Hiliran

Kepada rakan2 pengusaha dan blogers cendawan sila dapatkan majalah SAJI keluaran June 09 , pelbagai resepi berasaskan cendawan dari En.Sharuddin ( Abg Din ) dari Cendawan Langat dan Puan SiNona Genting Permai Resources.











Sunday, May 17, 2009

Jalan-Jalan Cari Info

Hari Ahad 17/05/2009..saya serta rakan2 pengusaha, En Suhaimi dari Bandar Tasik Puteri-Rawang, En Norazlan dari Phoenix Agri serta Puan Eita dari Ijok-Kuala Selangor berkesempatan pergi ke ladang cendawan kepunyaan En.Zul/ Puan Norlian di Rasa Hulu Selangor, beliau merupakan Otai di kalangan pengusaha cendawan.
Lawatan kali ini lebih mencabar kerana lokasi farm Puan Norlian terletak di atas bukit dan jalan masuknya terpaksa menggunakan pacuan 4 roda.



Deretan rumah2 cendawan no:2 - 5




Rumah Pertama


Entah apa yang di fikirkan oleh Lan Phoenix Agri...






Rumah No :6






Bilik suntik dan stor..


Rumah no : 7 dalam pembinaan 20'x60'











Gambar bersama Puan Norlian ( baju merah ) serta En.Zul dan rakan 2 pengusaha
Berbanyak terima kasihlah buat Puan Norlian serta suami beliau En.Zul atas layanan beliau, siap sediakan makan tengahari dan minum petang. Banyak yang di bualkan sewaktu makan tengahari.
Semoga bisness cendawan Puan Norlian terus Maju...


Nama Pengusaha : En Zul / Puan Norlian
Lokasi Farm : Rasa , Hulu Selangor
No Hp: 019 3536150












Sunday, May 10, 2009

Jalan- Jalan Cari Info

Hari Ahad 10/05/2009..saya berkesempatan pergi ke ladang cendawan kepunyaan En.Shafie/ Puan Rohana di Tanjung Karang, beliau merupakan Otai di kalangan pengusaha cendawan.


Bilik Peram



Rumah Pertama




Bilik Suntik




Rumah Kedua









Beliau sedang menjalankan projek tananam cendawan mengunakan jerami padi sebagai media, masih lagi dalam percubaan. Menurut beliau projek tersebut di jalankan usaha sama Persatuan Penyelidikan Cendawan Malaysia ( UM ) .

TANDURAN JAMUR
Nama Pengusaha: Encik Shafie / Puan Rohana
Lokasi : Batu 9 , Jalan Bagan Tengkorak ,
45200 Tanjung Karang ,
Selangor Darul Ehsan.
No phone : 03 32692067 / 014 2641802














Sunday, April 19, 2009

Seminar Industri Cendawan Malaysia

Di maklumkan bahawa Seminar Industri Cendawan bertajuk MUSHROOM MARKETING STRATEGY akan di anjurkan sempena MAPCMKe9.

Tarikh : 25 April 2009 (Sabtu).
Tempat: FRIM, Kepong, Selangor
Masa: 9 pagi -12.00 tengahari
Topik seminar :
1) Insentif dan Potensi Permintaan Cendawan- Pn. Che Hasmah Hassan, Jabatan Pertanian Putrajaya
2) Produk-produk -Pn.Normah Ibrahim, Jabatan Pertanian Putrajaya
3) Teknologi Pembungkusan dan Pelebelan - En. Norrazlan Hj. Nordin (SIRIM)

DVD Ceramah-ceramah yang telah disampaikan dalam MMCF08 akan dijual kepada perserta & ahli PCM. Hantar tempahan sekarang.

Maklumat lanjut sila layari http://mushroomassociationmalaysia.blogspot.com/

Saturday, April 11, 2009

AGRO BIZ

UPM ANJUR KURSUS CENDAWAN

PERUSAHAAN cendawan kini semakin mendapat sambutan yang menggalakkan dan di tanam secara meluas di seluruh negara.
Banyak faktor yang mendorong ramai pengusaha menceburi bidang ini seperti keuntungan yang tinggi dalam masa yang singkat, kos pengeluaran yang rendah, potensi pemasaran yang baik serta kandungan nutrien pemakanan yang tinggi.
Penerimaan yang baik itu telah mendorong Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan Kursus Asas Pengeluaran Cendawan Tiram Kelabu bermula 28 hingga 29 April ini.
Ia akan diadakan di Rumah Cendawan, Unit Hortikultur Seksyen Tanaman, Taman Pertanian Universiti, UPM.
Kursus tanaman cendawan tiram kelabu atau nama saintifiknya Pleurotus sajor-caju itu bermatlamat mendedahkan peserta dengan teknik pengeluaran asas supaya mereka dapat melaksanakan penanaman sendiri sebaik sahaja kursus tamat.
Ia terbuka kepada orang ramai yang berminat dengan yuran penyertaan RM400 seorang untuk fail, nota kursus, nota catatan, alat tulis, sijil penyertaan dan makanan tetapi tidak termasuk penginapan.
Penyuntikan
Antara aktiviti yang akan dijalankan adalah seperti taklimat penyediaan media tanaman, penyuntikan benih, memetik hasil, penyelenggaraan, kaedah pembungkusan hasil, penerangan kemudahan pinjaman bank serta rancangan perniagaan.
Demonstrasi ringkas mengenai penyediaan benih juga akan dilakukan bagi memberi gambaran yang lebih kepada peserta.
Tenaga pengajarnya pula terdiri daripada pegawai dan kakitangan yang berpengalaman dari Unit Tanaman Cendawan, Seksyen Penyelidikan Agroteknologi, Taman Pertanian Universiti, UPM.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Helmi Azro Mohd. Hassan di talian 03-89471266 atau Abdull Ghaffar Othman di talian 03-89467429.
Untuk mendapatkan maklumat cadangan penginapan pula, peserta boleh menghubungi Rumah Tetamu UPM di 03-89467967.

#Sumber Utusan Malaysia, Agro Mega- 10.04.09

Tuesday, April 7, 2009

Laminar Flow

Selama 2 minggu tempah Laminar Flow siap jugak akhirnya...ni made in Sg Buloh ni..hehheheh
Harga??..rahsia ler...korang teka la





Barang apa lagi yang tak cukup..Autoclave tengah oder dengan Pak Syed Sg Udang, tak pun ngan si Faisol ...heheheh

Jalan- Jalan Cari Info

Hari ini Selasa 07/04/2009..saya berkesempatan pergi ke ladang cendawan kepunyaan En.Halim di Kg Melayu Sg Buloh.


Rumah pertama
Rumah ke 2

Rumah ke 3
Yang no 4 ...masih dalam pembinaan

Bilik suntik dan merangkap bilik peram.

Nama Pengusaha:En. Halim
Lokasi Farm: Kg Melayu, Sg Buloh, Selangor.
Hp No: 0172662378

Thursday, March 26, 2009

AGRO BIZ - Bekas Jurutera Jadi Tauke Cendawan

Oleh RAHANA MD
KENIKMATAN yang diperoleh hasil berbudi dengan tanah sukar diluah dengan kata-kata. Apatah lagi seronok melihat hasil yang membanggakan dan mampu pula menggantikan pergantungan makan gaji selama 10 tahun.
Bagaimana pun kerjaya sebagai jurutera projek menyebabkan Mohd Asmawi Mohamed Noor, 33, sukar membuat keputusan sama ada meletakkan jawatan atau membabitkan diri sepenuhnya sebagai penanam cendawan di kampung halamannya, di Padang Salim, Peringat, Kota Bharu Kelantan.
''Seperti cinta yang baru berputik apabila aktiviti suka-suka membina dua rumah cendawan di kampung mula mengeluarkan hasil dan berpotensi untuk dimajukan, rasa cinta itu mula bercambah tetapi saya keliru membuat keputusan.
''Bagaimanapun lepas setahun, saya nekad terjun dalam bidang pertanian apabila tanaman cendawan di dua buah bangsal menunjukkan potensi memberangsangkan dan memberi pulangan berbaloi," ujar lulusan kejuruteraan di Institut Jerman-Malaysia (GMI), Kuala Lumpur ini.
Bersama adik iparnya Azuddin Zakaria, 33 , kini Asmawi bergelar usahawan apabila berjaya mengeluar dan memasarkan cendawan sebanyak 130 hingga 150 kilogram sehari.
Di samping itu, Asmawi turut menerokai bidang baru sebagai pembekal anak benih cendawan yang telah siap diisi dalam polibeg dengan harga RM1.20.
Sejak akhir tahun lalu pula, dia bekerjasama dengan Jabatan Pertanian negeri menganjurkan kursus penanaman cendawan kepada mana-mana pihak yang berminat selama tiga hari dengan yuran RM150 seorang.
''Dalam kursus tersebut, kami berkongsi pengalaman kepada pihak yang berminat menyertai bidang penanaman cendawan, mendedahkan teknik serta proses tanaman, membekalkan anak benih, membina rumah cendawan serta khidmat kewangan," katanya.
Akuinya, walaupun di peringkat awal, dia dan rakan kongsi kosong dengan ilmu dan kemahiran mengendalikan projek tanaman cendawan tetapi minat dan kesungguhan untuk menjayakannya terbit secara semulajadi.
''Azuddin yang menjadi rakan kongsi, saya galakkan menyertai kursus berkaitan manakala saya pula lebih dalam bidang pemasaran walaupun awalnya setiap minggu berulang alik dari tempat kerja di Shah Alam, Selangor ke kampung sebelum meletakkan jawatan pada tahun 2006," ujarnya.
Mendapat sokongan daripada Agro Bank dengan memberi modal pinjaman sebanyak RM250,000 sejak dua tahun lepas.
''Di bawah syarikat Nutri Agrotech Enterprise, buat masa ini terdapat enam rumah cendawan yang tapak asal merupakan tanah terbiar di kampung," katanya.
Bermula dengan dua rumah diperbuat dari bangsal kayu berdinding dan beratap nipah seluas 20 kaki lebar dan di tepi rumah ibunya, bermodal daripada poket sendiri, Mohd. Asmawi mengusahakan tanaman cendawan tiram kelabu dan bercadang menambah jenis black jelly pada masa hadapan.
''Dalam sebuah rumah cendawan seluas 20 kaki lebar dan 40 kaki panjang yang dibina daripada rangka besi dan kanvas mampu memuatkan 15,000 polibeg yang disusun atas rak-rak secara bertingkat," katanya.
Menceritakan pengalaman mengusahakan cendawan, Asmawi berkata banyak perkara baru yang jauh menyimpang daripada kerjayanya selama ini dipelajari namun perbezaan itu menarik perhatiannya.
Lokasi operasi cendawannya kebetulan berhampiran dengan kilang memproses kayu turut memudahkan Mohd. Asmawi memperoleh habuk kayu getah malah telah membantu pihak pengurusan kilang melupuskan bahan buangan tersebut dalam bentuk kitar semula.
''Proses tanaman cendawan memerlukan penggunaan habuk kayu getah yang dicampur dedak padi, kapur dan air yang dimasukkan ke dalam beg media
''Diikuti dengan proses mematikan bakteria selama tujuh jam dengan cara mengukus dan disejukkan selama 12 jam
''Selepas itu setiap beg disuntik dengan benih dalam bilik bersih dan berhawa dingin sebelum mengalami proses pemeraman selama 55 hingga 60 hari dan disusun secara mengiring atas rak di dalam rumah," ujarnya.
Tambah Mohd. Asmawi, proses pemeraman memerlukan pemantauan kerana biji benih mudah dicuri tikus yang gemar memakannya dengan cara mengorek dari hujung beg.
''Selain itu, pengusaha juga berhadapan dengan penyakit kulat hijau atau green mould dan kulat berwarna oren atau neuro spora yang menyerang isi dalam kampit menyebabkan seluruh beg tersebut berubah warna.
''Beg yang dijangkiti mesti diasingkan kerana ia mudah berjangkit dan menyebabkan gagal mengeluarkan hasil," jelasnya.
Selepas dua bulan katanya, putik atau kudup cendawan yang dikenali sebagai mycelia akan memenuhi ruang atas kampit terjuntai keluar, selepas hari ke tiga dan ke empat hasil boleh dipungut.
''Setiap polibeg mengeluarkan 200 hingga 300 gram hasil dan bergantung kepada kesuburan benih yang akan dikutip mengikut permintaan dan keadaan kelopak cendawan itu sendiri.
''Hari ke tiga paling cantik sebelum bahagian tepi kelopak cendawan berombak dan pecah dengan cara mencabut keseluruhan daripada muncung beg. Hari ke empat cendawan pada peringkat maksimum dengan kelopak lebih segar, cantik dan apabila dimakan rangup dan manis," ujarnya.
Menurut Mohd. Asmawi, tanaman yang memerlukan kawalan suhu sinar matahari itu boleh dikutip hasilnya selama tujuh kali berturut-turut sebelum direhatkan selama 15 hari sebelum hujungnya ditutup semula untuk memberi peluang kepada kampit lain mengeluarkan hasil.
Mohd. Asmawi yang mempunyai pembekal tetap menjual secara borong RM5 sekilogram (harga pasaran RM8 hingga RM10 sekilogram) untuk pasaran pasar basah dan pasar tani berhampiran.
''Tahun ini, sebanyak empat rumah lagi akan ditambah untuk memenuhi permintaan yang cukup menggalakkan daripada pembekal dan orang ramai," katanya.

# Sumber - Mega Agro , Utusan Malaysia - 27/3/2009

Sunday, March 22, 2009

KURSUS TISU KULTUR / SPAWN DI UNIVERSITI MALAYA

Tarikh :15 - 18 April 2009
Tempat : University Malaya,Petaling Jaya,Selangor
Masa : 0800 - 530ptg
Kepada sesiapa yang berminat sila hubungi Puan Zainon (013 -341 8202)

Jalan- Jalan Cari Info

Hari Ahad 22/03/2009..saya berkesempatan pergi ke ladang cendawan kepunyaan En.Azman di Sabak Bernam.


















Bilik suntik dan bilik peram..kira 2 dalam 1 la ni..






Steamer hasil ciptaan beliau..



Mungkin ada di kalangan rakan2 pengusaha tau tentang benda ni...Bahan2 tersebut di campur semasa proses membuat beg2 cendawan. Menurut En Azman bahan yg digunakan untuk pelemak dan cendawan lebih sedap dan tahan lama , saya tak berani nak komen...mungkin rakan2 ada padangan tentang bahan2 tersebut.







Ini lah dia En. Azman tuan punya ladang .Terima kasih kepada beliau berkongsi pengalaman dalam suka duka sebagai pengusaha cendawan.




APFM FARMING (M) SDN.BHD.
Nama Pengusaha: Azman Bin Hussein
Lokasi : Lot 37 56, lorong 2,
Bagan Sungai Pulai,
45200 Sabak Bernam ,
Selangor Darul Ehsan.
Hp No:012 6542109